- لم يكن الرسول رجلا إقليميا أو زعيما وطنيا
- لم يبعث لينسخ باطلا بباطل
- جنسية المسلم وعقيدته
- الملايو أولا أو الإسلام أولا
- الأخوة أساس العزة
"Bersama membina kekuatan menegakkan Syariah "
أفمن يمشي مكبا علي وجهه أهدى أمن يمشي سويا علي صراط مستقيم
“ Maka apakah orang yang berjalan ( melalui jalan yg salah) terjungkal di atas mukanya : boleh mendapat hidayah petunjuk ataukah orang yang berjalan tegak betul di atas jalan yang lurus?” ( Al-Mulk :22 )
Perkataan tasawwur berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermula dengan kata dasar sawwara. Hasil daripada kata dasar ini menerbitkan perkataan tasawwur yang bererti: - Memberikan suatu tanggapan kepada rupa yang dapat dikhayalkan. - Menjelaskan gambaran sebenar ke atas sesuatu. -Menghasilkan rupa dalam akal. Daripada definisi tersebut, tasawwur bermaksud memberikan gambaran sebenar ke atas apa yang disampaikan kepada akal fikiran dan seterusnya menjadi sebati dalam diri untuk difahami. Begitu juga dengan perspektif yang bermaksud :- Pandangan/ penafsiran yang wajar berkenaan sesuatu dengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dalam hubungan keseluruhannya.
Apabila perkataan tasawwur @ perspektif diikat dan dipadukan dengan perkataan Islam , maka ia membentuk perkataan “tasawwur Islam” @ “perspektif Islam” yang bererti tanggapan, gambaran serta penafsiran Islam hakiki yang bersumberkan Al-quran dan Sunnah. Islam datang dengan risalahnya yang global dan unik, sistem pensyariatan yang dinamik dan fleksibel yang menunjukkan kepada method serta konsep tasawwur Islam yang syumul (menyeluruh) sepertimana benar dan murninya para sahabat dan salafussoleh menyikapinya. Oleh itu Islam ialah satu sistem yang syumul yang merangkumi: (Negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Material dan harta benda atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah . Sebagaimana ia juga adalah aqidah yang benar dan ibadat yang sah) – Usul 20 –
“World View” & Kesannya
Sebagai seorang insan, kita akan sentiasa menjalani proses transformasi yang berterusan ke atas diri. Input-input yang masuk menerusi indera dan mata kepala seterusnya diproses oleh akal dan mata hati akan membentuk satu tanggapan hidup ( world view). World view ini akan menentukan nilai dan sikap individu (keadaan jiwa) yang seterusnya menentukan tabiat atau tingkahlaku seseorang.
Kesalahan serta kekeliruan dalam menanggapi soal-soal asas dalam kehidupan iaitu persoalan tentang ketuhanan (Allah), alam, manusia dan kehidupan akan menyebabkan seseorang menjalani hidup dalam keadaan gelisah, jemu, putus asa ,tidak bermakna, tidak bahagia, ketakutan, rasa rendah diri, lemah dan malas. Sebaliknya pandangan hidup yang betul ke atas Allah, alam ,manusia dan kehidupan merupakan asas serta ciri-ciri tasawwur Islami yang akan merubah hidup seseorang menjadi ceria, berkeyakinan, berani, bermotivasi, bermakna dan terarah.
Serangan Pemikiran الغزو الفكر
Di antara strategi terbesar dan efektif yang digunakan oleh musuh Islam ialah serangan ideologi /pemikiran dengan menggunakan teknik yang amat halus sehingga ummat Islam sendiri tidak menyedari mereka telah terjebak di dalam perangkap ini.
Tujuannya ialah untuk merosakkan aqidah & tasawwur ummat Islam dengan menghakis dan memusnahkan imej dan nilai-nilai Islam dalam fikiran dan mata hati ummat Islam .
Dr.Abdul Sattar Fathullah Said berkata : “ Serangan pemikiran adalah salah satu cabang usaha yang dilakukan oleh manusia untuk menentang musuh,mencapai kemenangan dan jaminan yang selamat untuk menjadikan ia satu cara kemenangan yang mutlak. Bagi yang kalah ini adalah satu cara ataupun taktik yang paling berat untuk diterima”
“ Senjata yang digunakan ialah pemikiran, pandangan, helah, syubhat dan tipu daya sebagai ganti kepada senjata api yang berat”
“……keistimewaan peperangan ini ialah ia lebih menyeluruh dan kesannya memakan masa yang panjang . Ia tidak terhad kepada satu
Al-Ustaz As-Syeikh Muhammd Qutb dalam kitabnya “Jahiliyyah Qarnul Esyirin” berkata : “ Apabila lemahnya kesan agama di dalam kehidupan manusia, ini bermakna akidah sesuatu ummat itu telah rosak, ia juga bermakna bahawa manusia tidak lagi menyembah Allah, tidak menyembah Allah dengan sebenar-benar ibadah. Manusia tidak lagi mentauhidkan Allah dalam beribadah dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain ( ideologi/ hawa nafsu dll ) dan seterusnya menghukum bukan dengan hukum Allah”
Solusi dan Kesimpulan
Keadaan di atas yang menggerunkan serta menggoncangkan keimanan hasil daripada kesan serangan pemikiran yang dilakukan musuh Islam membawa kepada satu hakikat iaitu kita sedang menghadapi satu krisis pemikiran yang dasyat. Oleh itu , pemulihan ( Islah) dan pembanggunan (Insya’) kembali konsep tasawwur Islami pada ummat akan berhasil apabila persoalan pemahaman dan pemikiran mendapat perhatian yang serius oleh aktivis-aktivis dakwah kini.
Mufakkir Islami Muhammad Iqbal menyeru kepada kita untuk “Membina kembali Pemikiran agama dalam Islam” ( The Reconstruction of Religious Thought in Islam ) Beliau berkata : “ Tugas seorang muslim modern adalah memikirkan kembali keseluruhan sistem Islam tanpa sepenuhnya memutuskan hubungan dengan masa lampau”. Ya , membina dan membangun kembali tasawwur Islam berlandaskan aqidah yang bersih dan kuat serta akhlak yang tinggi dan mulia.
Ikhwah & akhawat ,
Membentuk dan melahirkan peribadi Rabbani merupakan fokus utama gerakan Islam. Peribadi yang berpendirian dan bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai khalifah Allah merupakan aset terpenting kepada kehidupan seorang aktivis dakwah. Daripada kefahaman ini, akan lahirlah kepercayaan serta sikap dan juga pendirian yang membawa kepada keyakinan pada diri.
Semuanya bermula dengan melakukan perubahan apa yang ada dalam diri iaitu akal dan hati. Apa yang ada dalam akal dan hati akan mengubah tanggapan hidup (world view) . Tanggapan hidup akan mengubah sikap. Manakala sikap akan mengubah tabiat dan tingkahlaku. Tabiat dan tingkahlaku yang baik berpunca dari tanggapan hidup yang baik dan benar. Tanggapan hidup yang baik dan benar tentulah bersumberkan daripada sebaik-baik dan sebenar-benar maklumat iaitu Kalamullah (Al-quran) & Sunnah Nabawiyyah.
ذلك بأن الله لم يك مغيرا نعمة أنعمها علي قوم حتي يغير ما بأنفسهم وأن الله سميع عليم
“Yang demikian itu adalah Karena Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang Telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu merubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri dan Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.”( Al-Anfal :53 )
Rujukan :
Kamus Dewan Edisi Ke-3
جاهلية القرن العشرين محمد قطب
خصائص التصور الإسلامي سيد قطب
(Bagaimana Berfikir Islami) Abu Azmi Azizah
Tauhid (Menggilap kebebasan jiwa) Jaafar Bin Muhammad
Rujukan:
Majalah Tarbawi
Kamus Dewan Edisi Ke-3
( رسالة أسرة ) أبو عروة
( العوائق ) محمد أحمد الراشيد
( قوارب النجاة في حياة الدعاة ) فتحى يكن
( أحاسن الكلم شرح الحكم ابن عطاء الله ) د.ذوالكفلى محمد بكري
( بصائر للمسلم المعاصر) الشيخ عبد الرحمن حسن حبنكة الميداني
Firman Allah :
“ Orang-orang yang mengingati Allah (Zikrullah) sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan kami,tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia ,Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka.” (Ali ‘Imran:191)
Proses Kontemplasi Menerusi Zikir & Fikir
Berdasarkan firman Allah SWT diatas dapat kita katakan bahawa seseorang yang ingin mendapatkan sesuatu hakikat atau ilmu perlulah menjalani proses zikir dan fikir. Sepertimana ikhwah & akhawat ketahui bahawa kedua proses ini (Zikir & Fikir) berlaku dalam alam jiwa yang melibatkan hati dan akal yang juga merupakan dua faktor utama dalam proses kontemplasi.
Zikir iaitu dengan mengingati nama-nama serta sifat-sifat Allah akan menghasilkan hidayah yang merupakan petunjuk serta bimbingan Allah SWT.
Begitu juga dengan proses berfikir, para ulama membahagikannya kepada dua , pertama berfikir secara deductive (Istidlal) dan yang kedua ialah berfikir secara inductive (Istiq’ra’) . Berfikir secara deductive ialah proses berfikir dengan membuat rumusan berdasarkan pemerhatian secara umum. Manakala berfikir secara inductive ialah proses berfikir dengan membuat pemerhatian secara lebih khusus , juga termasuk didalamnya ujikaji atau experiment ke atas ciptaan Allah SWT.
Impak daripada kombinasi zikir & fikir kepada seorang muslim /mu’min akan membawanya kepada satu proses kontemplasi serta pemahaman diri keatas hakikat ciptaan Allah (Sann’ullah) yang membuatnya mengakui keagungan ciptaan Allah seraya bermunajat :
“Ya tuhan kami,tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia ,Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka.”