Sunday, December 14, 2008

Sumber Pensyari'atan , Ke Arah "Wahdatul Fikrah"...Kefahaman Disatu , Amal Bersepadu...


Keimanan yang suci dan benar yang lahir daripada “Sihhatul I’tiqod”(Kepercayaan yang murni) dan “Sidqu Ittiba’”(Ikutan yang benar) merupakan tanda-tanda “Saliimul Aqidah”(aqidah yang sejahtera) bagi seorang Mukmin Al-Haq (believer). Hasil daripada aqidah yang sejahtera akan membuahkan “Ibadah As-sohih” yang akan menghindarkan dirinya daripada perkara-perkara bid’ah dan khurafat. Segalanya terdapat pada seorang mukmin yang dapat merasai kemanisan Iman dan sentiasa menghiasi dirinya dengan “Mujahadah” yang berterusan. Ber-mujahadah melawan diri dan nafsunya serta hasutan-hasutan syaitan .

Maka Allah mencampakkan kedalam hatinya “Nur Al-yaqin”(cahaya keyakinan)merupakan benteng yang menjaganya daripada segala keraguan dan perkara shubhat. Dengan keimanan yang benar dia berinteraksi dengan manusia dan seluruh kehidupannya. Membina hubungan silaturrahim, memaafkan kepada siapa yang menzaliminya,dan memberi kepada siapa yang menghalangnya, merupakan sifat dan anugerah daripada Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Kadang kita dapat melihat dan mendengar individu tersebut dapat mengungkapkan sesuatu perkara yang tidak dapat diungkap oleh orang lain dan dapat membezakan diantara perkara-perkara syubhat dan unsur-unsur luar yang tiada kaitan dengan agama serta lahir daripadanya perkara-perkara yang menyalahi adat tabi’e dari kehidupan seharian seperti ilham,lintasan hati, kasyaf dan mimpi.
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ لَكُمْ فُرْقَانًا
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan(petunjuk yang dapat membezakan antara yang haq dan batil”) -Al-Anfal:29-

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَآمِنُوا بِرَسُولِهِ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِنْ رَحْمَتِهِ وَيَجْعَلْ لَكُمْ نُورًا تَمْشُونَ بِهِ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Hai orang-orang yang beriman (kepada para rasul), bertakwalah kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, niscaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dan Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”,- Al-Hadid:28 –

وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ
“…dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia”- Al-An’am:122 –

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
“Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.”- As-Sajidah:24 –

فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلاَ يَضِلُّ وَلاَ يَشْقَى * وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى
Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.* Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".( Taaha:123-124 )

اتقوا فراسة المؤمن , فإنه يننظر بنور الله
“ Takutilah firasat mukmin,kerana sesungguhnya ia melihat dengan cahaya Allah”
(Hadith Marfu’ Riwayat Tarmizi)

Islam berpandangan bahawasanya ilham,lintasan hati,kasyaf dan mimpi merupakan perkara-perkara yang thabit dan tidak boleh ditolak secara keseluruhannya. Meskipun demikian ,bukanlah tergolong dari dalil-dalil yang tersendiri kerana di sana berlaku keasingan dan banyak bercampur dengan sangkaan-sangkaan. Oleh itu , ia tidak boleh dipegang. Sekiranya ditanya “ Apakah faedah kewujudannya?” Dijawab: Ia diterima sekiranya tidak bertentangan dengan Al-quran dan As-Sunnah.
Hakikatnya, disana terdapat beberapa golongan yang mendakwa diri mereka sebagai “Wali Allah” atau “Ahli sufi” dan berpandangan bahawa apa yang lahir dari mereka dari ilham, lintasan hatinya dan segala yang dilihatnya menembusi hijab serta pengikut-pengikut mereka menjadikannya sebagai sumber hukum syariah walaupun ada yang diantaranya menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah serta mengharamkan apa yang dihalalkan oleh-NYA. Kita tidak menafikan disana terdapat golongan-golongan sufi yang benar Iman dan ibadatnya selari dengan Al-qur’an dan Sunnah. Namun ,neraca penimbang bagi seorang muslim ialah Al-quran dan As-Sunnah. Segala perkara yang bertentangan dengan Al-qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW tertolak dan tidak diiktiraf sama sekali. Oleh itu , dalam menjaga kesucian sumber hukum-hakam pensyariatan Islam dari dikotori dan dinodai oleh anasir-anasir yang berbentuk syubhah dan khurafat para alim ulama menetapkan method dan prinsip terhadap segala persoalan ini iaitu :
" وللإيمان الصادق والعبادة الصحيحة والمجاهدة نور وحلاوة يقذفها الله في قلب من يشاء من عباده . ولكن الإلهام والخواطر والكشف والرؤى ليست من أدلة الأحكام الشرعية . ولا تعتبر إلا بشرط عدم اصطدام بأحكام الدين ونصوصه "
( Iman yang benar , ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki di kalangan hamba-hamba-Nya . Tetapi ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf ,dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syara’. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan hukum agama serta nash-nash-Nya) - Usul 20 Al-Banna –
Sabda Rasulullah SAW:
(( تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما مسكتم بهما : كتاب الله وسنة نبيه))
“ Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”

Tuesday, December 9, 2008

Sumber Asas Islam ....Ke arah Kesatuan Ummah!!!


Keadaan Ummat Islam kini yang penuh dengan ketegangan,kefasadan, pembantaian demi pembantaian, pembunuhan secara zalim dan begitu tragis yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam terhadap Ummat Islam . Namun Ummat Islam masih tidak , atau kurang kesedarannya terhadap keadaan-keadaan yang berlaku terhadap mereka. Penyelewengan aqidah, keruntuhan akhlak, sistem-sistem ekonomi dan politik yang menindas serta perpecahan demi perpecahan merupakan penyakit-penyakit yang menimpa Ummat Islam disamping penindasan yangt dilakukan oleh musuh Islam terhadap mereka.. Hakikatnya, kesan daripada penyakit-penyakit yang menimpa Ummah Islamiyyah ini menyebabkan nilai seorang muslim atau seorang mukmin (Believer) dimata masyarakat seperti buih-buih dilautan (Ghusa’a As-Sail) yang tiada nilainya sepertimana yang digambarkan oleh sabda Nabi SAW :

(( يوشك أن تداعى عليكم الأمم كما تداعى الأكلة علي قصعتها...قالو : أمن قلة نحن يومئذ يا رسول الله ؟ قال : " إنكم يومئذ كثير، ولكنكم غثاء كغثاء السيل. ولينزعن الله المهابة من صدور أعدائكم وليقذفن في قلوبكم الوهن" قالو وما الوهن يا رسول الله ؟ قال " حب الدنيا وكراهية الموت")) - رواه أحمد والترمذى –

“ Akan datang pada suatu masa , musuh-musuh kamu akan datang berkerumun kepada kamu , sepertimana berkerumunya mereka kepada satu hidangan (yang lazat) , Mereka (sahabat) pun berkata: “Adakah bilangan kami ketika itu sedikit wahai Rasulullah ?”, Rasulullah pun berkata: “Bahkan kamu ketika itu ramai , tetapi kamu seperti buih-buih dilautan (tiada nilai) dan Allah akan mencabut perasaan gerun di hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan kedalam hati kamu penyakit Al-Wahn .” Sahabat pun bertanya : “Apakah penyakit Al-Wahn itu wahai Rasulullah ?” Rasulullah pun bersabda : “Cintakan dunia dan bencikan mati”
(Riwayat Ahmad & Tarmizi)

Hadith diatas menunjukkan kepada kita gambaran-gambaran yang begitu jelas ,Waqie’i & Hakiki(Factually & Reality) yang berlaku kepada Ummah Islamiyyah kini ,iaitu mereka diibaratkan seperti buih-buih di lautan yang tiada nilai sedikitpun serta faktor utama yang menyebabkan mereka sebegini ialah “ Al-Wahn” (Cintakan dunia & benci mati). Oleh itu dengan apakah ummat Islam akan terselamat daripada penyakit-penyakit ini serta apakan faktor-faktor yang menyelamatkannya …………..?

Rasulullah SAW bersabda :
(( تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما مسكتم بهما : كتاب الله وسنة نبيه))
“ Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”

Secara zahirnya, kita memahami hadith di atas mengatakan bahawa ummat Islam akan terselamat daripada kesesatan dan penyelewengan ialah dengan berpegang dengan Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW. Namun disana terdapat satu lagi persoalan yang begitu penting dalam menjamin Ummah Islamiyyah terselamat daripada kesesatan dalam lingkungan berpengannya kepada Al-qur’an dan Sunnah, iaitu “ Bagaimanakah cara kita berpegang serta memahami Al-qur’an dan Sunnah ?..................?

Ironinya, kita dapat melihat beberapa golongan-golongan jahil yang menisbatkan diri mereka sebagai “pembela agama” cuba mentafsir Ayat-ayat Al-quran dan Hadith mengikut kefahaman mereka yang sesekali bertentangan denga Syari’ah Islamiyyah, berdalilkan kepada kebebasan mutlak ,atau “Huriyyah Ta’bir”( Freedom of opinion) .Mereka ini merupakan golongan yang dikenali sebagai pembawa ideologi “Islam Liberal” yang meletakkan kebabasan secara mutlak merangkumi kebebasan peribadi, masyarakat, ekonomi, politik dan lain-lain.

Oleh itu , dalam menjamin konsistenan dan kesucian makna-makna Al-quran dan Sunnah dan menghadkan sumber pensyariatan (Legislation) alim-ulama’ daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menetapkan satu method atau prinsip dalam memahami Al-quran dan Sunnah secara benar iaitu :

" والقرآن الكريم ، والسنة المطهرة مرجع كل مسلم في تعرف أحكام الإسلام ،
ويفهم القرآن طبقا لقواعد اللغة العربية من غير تكلف ولا تعسف ،
ويرجع في فهم السنة المطهرة إلي رجال الحديث الثقات "

“ Al-quran Al-karim dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum Islam. Al-qur’an hendaklah difahami mengikut kaedah-kaedah bahasa Arab tanpa memberat-beratkan dan tidak pula membabibuta. Sunnah pula difahami melalui periwayat-periwayat hadith yang thiqah.”
(Usul 20 Al-Banna)


Hakikatnya, Ummat Islam seluruhnya telah bersepakat bahawa Al-quran dan Sunnah merupakan dua rujukan asas bagi pensyariatan Islam. Setiap persoalan khilaf (perselisihan) yg terjadi , maka sumber rujukan perselisihan tersebut diukur dengan nash-nash Al-qur’an dan Sunnah . Nash-nash Al-quran dan Sunnah merupakan nash berbahasa Arab. Oleh itu Al-quran dan Sunnah hendaklah difahami dengan kaedah-kaedah bahasa Arab dalam uslub masyarakat Arab dalam pergaulan mereka.
Firman Allah SWT :
((فإن تنازعتم في شيء فردوه إلي الله والرسول إن كنتم تؤمنون با الله واليوم الآخر))
“ Maka , jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu perkara , maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul sekiranya kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat”

Al-Imam Ibn Hazm menjelaskan bahawa : “ Tiada perselisihan diantara kumpulan-kumpulan yang dilabelkan oleh Muslimin daripada Ahli Sunnah wal Jamaah , Muktazilah, Khawarij ,Mur’jiah , dan Zaidiyyah tentang kewajipan mengambil sumber daripada Al-quran .. … tetapi hanya yg berselisih dengannya ialah kelompok daripada pengikut-pengikut ekstrim Syiah Raafidah , mereka merupakan Kuffar dan Musyrik disisi ahli Islam” –( Ibn Hazm : Al-Ihkam)

Imam As-Syathibi berkata : “ .. Berkata sesuatu tentang Al-quran dan Sunnah tanpa ilmu merupakan Takalluf ( memberat-beratkan/ sukar & tidak terdaya) dan kita telah dilarang daripada memberat-beratkan, dan termasuk dibawah makna hadith ini :

(( حتي إذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤساء جهالا))
“ Sehingga tiada lagi Alim Ulama’, manusia akan mengambil/ melantik orang-orang yang jahil sebagai pemimpin”

Kerana apabila tiada pada mereka Lisan Arabi (Bahasa Arab), mereka meruju’ kepada Al-quran dan Sunnah Nabi SAW dengan kefahaman mereka yang A’jami (Asing daripada bahasa Arab), dan akalnya hanya terhad atau terbatas pada berpegang pada dalil-dalil yang menyesatkan daripada kebenaran” ( Jami’ Al-Usul / Al-I’tishom)

Sepertimana dikatakan oleh Imam Mufassir Al-Mujahid Syiekh Manna’ Qhattan :
( لا يحل لأحد يؤمن باالله واليوم الآخر أن يتكلم في كتاب الله إذا لم يكن عالما بلغات العرب)
“ Tidak Halal, bagi seorang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat , bercakap tentang Kitab Allah (Al-qur’an) sekiranya dia tidak mengetahui / mahir Bahasa Arab”
( مباحث في علوم القرآن للقطان)- -
Disini kita dapat melihat tentang kepentingan mengetahui method atau prinsip dalam memahami Al-Quran dan Sunnah serta kepentingan menghadkan sumber pensyariatan (Legislation) supaya setiap orang tidak mengambil atau meninggalkannya menurut hawa nafsunya tanpa dalil.

Kesimpulannya ialah, Ummah Islamiyyah hanya akan terselamat daripada penyakit-penyakit yang menimpa mereka kini hanya dengan kembalinya mereka kepada kefahaman Al-quran dan Sunnah dengan method benar iaitu kefahaman yang tidak memberat-beratkan serta tidak membabibuta dalam mengembalikan kembali kemuliaan serta nilai eksistensi Syakhsiyyah Islamiyyah (Moslem Personality) dihadapan mata masyarakat setempat secara khususnya dan dihadapan masyarakat dunia secara keseluruhannya .

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.” (At-Taubah 33)

Tuesday, December 2, 2008

Bagaimana Memahami Islam


Kehidupan kini yang dipenuhi oleh nuansa-nuansa metarialistik, permainan nafsu yang bertebaran, serta isme-isme dan anasir-anasir Jahiliyyah yang datang menyerang secara ganas dan begitu tersusun menyerang Ummah Islamiyyah . Keadaan yang begitu menggerunkan serta menggoncangkan keimanan seorang Mukmin Al-Haq (Believer) dalam menempuhi kehidupan seharian sebagai seorang muslim . Kepada Ummah Islamiyyah secara umumnya dan kepada Harakah Islamiyyah secara khususnya haruslah menyediakan serta melengkapkan kepada anak-anaknya bekalan dalam menghadapi tribulasi kehidupan yang serba menawan dan mencabar kini. Secara zahirnya , kebanyakan manusia terutamanya ummat Islam hanya mampu melihat dan menonton keadaan mereka yang begitu tragis tanpa melakukan apa-apa dalam mengembalikan dan menegakkan kembali kebangkitan Islam (Sohwah Islamiyyah) serta Ke-Izzahan (Kemulian) ummah.


Dalam mengembalikan ke-Izzahan (Kemuliaan) ummat Islam , Ummah Islamiyyah haruslah mengetahui bahawa kemuliaan hanya akan dapat dikembalikan apabila ummat Islam kembali kepada Islam dan Iman yang sebenar , sepertimana kata-kata Saidina Ummar Al-Khattab :

(( نحن قوم أعزنا الله با الإسلام ، فمهما ابتغينا العز في غيره أذلنا الله))

“ Kita adalah kaum / ummah yang dimuliakan Allah dengan Islam , maka apabila kita mengharapkan kemulian selain daripadanya , kita akan dihinakan oleh Allah” –Tarikh khulafa’ Ar-Rasyidin- Dr. Al-Kholidy-

Islam yang sebenar ialah, Islam yang tidak hanya tertegak pada aspek dan syiar-syiar ibadat (Ritual & Worship) semata, juga tidak tertegak dengan sistem politik, ekonomi dan sosial semata-mata sepertimana fahaman golongan sekular,ahli-ahli sufi serta pengikut mereka yang hanya membataskan Islam dalam ruang lingkup spiritual (Ritual & Worship) semata-mata, tidak ada hubungannya dengan politik ,ekonomi ,sosial dan semua aspek kehidupan . Tasawwur serta perspektif yang bersimpang dengan ajaran Islam serta pemikiran-pemikiran jahiliyyah sebegini merupakan faktor utama kelemahan serta penyelewengan ummat Islam kini….. . Oleh itu, dengan apakah Islam akan tertegak ? … …. …. … ?

Rasulullah SAW bersabda kepada Qabilah Bani Syaiban bin Tha’labah ketika memperkenalkan diri baginda dalam berdakwah kepada qabilah-qabilah di Mekah maksudnya :

(( ما أسأتم الرد إذا أفصحتم بالصدق، إنه لا يقوم بهذا الدين إلا من أحاطه من جميع جوانبه))

“ Kamu tidak menolak secara jahat jika kamu menyatakan kebenaran . Sesungguhnya agama ini tidak akan ditegakkan melainkan oleh orang yang meliputinya dari segenap sudut ” – Sirah Nabawiyyah : Ibn Kathir –


Inilah hakikat Islam yang sebenar, Islam yang datang dengan risalah-Nya yang Aalamiyyah(Universal) dan unik, sistem pensyariatan yang dinamik , serta method tasawwur(Perspective) yang syamil(Comprehensive) sepertimana benarnya dan murninya para-para Sahabat dan Salafussoleh menyikapinya. Islam sesekali tidak dapat menerima aspek yang bersifat juz’iyyah(Serpihan) yang hanya menumpukan kepada satu sudut tertentu sahaja. Oleh itu Islam ialah satu sistem yang syumul(Comprehensive) yang merangkumi: (Negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Material dan harta benda atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah . Sebagaimana ia juga adalah aqidah yang benar dan ibadat yang sah) – Usul 20 -


Pada hakikatnya perbuatan menjuzu’kan(memisah-misahkan) ajaran Islam adalah satu jenayah dan pengkhianatan(Infidelity) terkutuk yang dilakukan keatas Islam (Syari’at Allah). Allah menghendakinya sempurna dan telah memilih Nabi Muhammad SAW sebagai penyempurna dan seterusnya untuk melaksanakannya dengan penuh sempurna. Benarlah sepertimana Allah SWT berfirman :

(( .... اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا.....))

“ ……pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu Deen ( agama) kamu dan telah Aku sempurnakan ni’matKu ke atasmu dan telah aku redhai untuk kamu Islam itu sebagai Deen” (Al-Maidah : 3)

Dan ini pula ayat Al-quran yang mengecam Bani Israel yang melakukan perbuatan memisah-misahkan sepertimana firman Allah SWT :

(( ...أفتؤمنون ببعض الكتاب وتكفرون بعض ، فما جزاء من يفعل ذلك منكم إلا خزى في الحياة الدنيا ، ويوم القيامة يردون إلي أشد العذاب...))

“Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat.” (Al-Baqarah : 85)

Firman Allah SWT :

(( يا أيها الذين ءامنوا ادخلوا في السلم كآفة ولا تتبع خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين ))

“ Wahai orang-orang yang beriman !! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata bagimu” (Al-Baqarah : 208)

Beginilah kita melihat tentang kesyumulan makna Islam. Jikalau orang lain hanya menumpukan kepada satu sudut sahaja, maka kita pula menumpukan kepada kesemua sudut ini dan mengetahui bahawa itu semua adalah daripada tuntutan-tuntutan Islam. Namun, disana terdapat satu persoalan pentng yang harus diutarakan iaitu “Adakah cukup dengan kita hanya mengakui tentang kesyumulan Islam tanpa beramal denganNya ?” …….. …… ……. ?

Setiap orang yang melihat kepada petunjuk Rasulullah SAW dan sirah Salafussoleh, akan dapati bahawa mereka beriman dengan kesyumulan Islam dan mempraktikkannya, bahkan mereka menjadikan Islam sebagai Manhaj kehidupan(Way of life) yang merangkumi segenap aspek kehidupan di dunia dan akhirat. Mereka mengambil wasilah-wasilah(Ways) yang terdaya untuk mengubah kefahaman ini kepada Waqi’e Amaliyyah ( Factually & Actually) atau realiti yang amali, yang mempunyai keperibadian, bukannya terbatas kepada serban di atas kepala dan iman yang tersembunyi di dalam hati .

Inilah Hakikat Niha’iyyah (Ultimate Realities) kepada makna Iman yang benar iaitu : " ما وقر في القلب وصدقه العمل "
- Apa yang diikrarkan di dalam hati dan di benarkannya dengan amal-

Hakikatnya Allah SWT tidaklah hanya meminta kepada manusia beriman kepadanya semata-mata , tetapi sesungguhnya Allah SWT menginginkan ke-Imanan yang berada di dalam lubuk hati manusia memancarkan cahaya Amaliyyah (Practical) dalam kehidupan sehariannya. Disana terdapat banyak sekali Kalamullah(Word of God) di dalam Al-quran yang menerangkan tentang Iman dan amal soleh serta kaitannya. Firman Allah SWT :

(( ويبشر المؤمنين الذين يعملون الصالحات أن لهم أجرا حسنا ،ماكثين فيه أبدا ))

“……dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.” (Al-Kahf : 2-3)

(( إن هذا القران يهدي للتي هي أقوم ويبشر المؤمنين الذين يعملون الصالحات أن لهم أجرا كيرا))

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.(Al-Isra’: 9)

(( فمن كان يرجو لقاء ربه فليعمل عملا صالحا ولا يشرك بعبادة ربه أحدا ))

“Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Al-Kahf : 110)

وما أموالكم ولا أولادكم بالتي تقربكم عندنا زلفي إلا من آمن وعمل صالحا فأولئك لهم جزاء الضعف بما عملوا وهم في الغرفات آمنون

“Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan; dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai (di Syurga) dengan aman sentosa.” ( As-Saba’ 37)


Keimanan atau aqidah yang benar beserta tasawwur yang murni terhadap Islam akan membuahkan amal-amal ibadah yang sah (Sohihul Ibadah) yg mencangkupi seluruh aspek kehidupan serta dapat mewarnai kehidupan dengan akhlak yang terpuji (Matinul Khuluq) sesuai dengan tuntutan-tuntutan syariat . Sebagai satu contoh dekat yang dapat dilihat ialah , kadang kita dapat melihat seorang Akh muslim berada di mihrab dalam keadaan penuh khusyu’, tekun, menangis dan merendah diri. Tidak lama kemudian kita melihat beliau adalah seorang penceramah yang menyampaikan pengajaran dan peringatan yang mengetuk hati dan sanubari. Selepas itu kita melihat beliau adalah seorang ahli sukan yang tangkas, membaling bola, berlari atau berenang. Selang beberapa ketika beliau berada di kedai atau pejabatnya melaksanakan pekerjaan dengan penuh amanah dan ikhlas.

Gambaran-gambaran sebegini secara zahirnya dilihat oleh kebanyakan orang sebagai bertentangan , tidak boleh bergabung di antara satu sama lain. Inilah beberapa hakikat yang diseru oleh Islam . Inilah dakwah yang dibawa oleh Muhammad SAW dengan melaksanakannya dalam kehidupan yang realiti, bukanlah khayalan-khayalan(Utopia) ahli-ahli falsafah serta angan-angan orang tolol yang tertipu dengan kehidupan duniawi.

(muslim.milenium@gmail.com) 11.45pm -15/06/08
Sanaa’ Republic of Yamen

Rujukan :
- Majmuah Rasa'il (Hassan Al-Banna)
- Tarikh Khulafa Ar-rasyidin (Dr Muhammad As-Solaby)
- Al-Uulamah Wal Islam (Muhmd Qutb)
- Nazaraat Fi Risalah Ta'lim (Dr Muhammad Abdullah Al-Khatib)
- Ila Ayyi syai'in Yad'uu Islam (Sayyid Abu A'la Al-Maududi)
- Abjadiyyat Fi Tasawwur Haraki lim Amal Islami (Fathy Yakan)

Sunday, November 30, 2008

Bergembiralah !!! Beruntunglah !!! ..Pada-mu Kader Dakwah



Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kehidupan dan kematian ini sebagai ujian untuk menzahirkan di antara kita siapakah yang lebih baik amalannya(Ahsanu amala). Maha suci Allah yang telah menjadikan malam dan siang silih berganti kepada sesiapa yang ingin mengingati (yadzakkara) kebesaranNya atau kepada sesiapa yang ingin bersyukur (syukuura) terhadap nikmat-nikmatNya . . . .

Ikhwah dan akhawat yang dihormati,
Pada edisi yang lalu kita telah mengetahui – para pembaca – Sesungguhnya dalam Syariah Islamiyyah telah menerangkan secara qat’ie tentang kewajipan kita dalam menyampaikan dakwah dan kefarduan dalam menyampaikannya. Tidak diragukan lagi , sekiranya kita cuba menceburkan diri kita dalam berdakwah kepada Allah sepertimana yang ditetapkan oleh syara’, serta kita menyampaikan risalah Islam sepertimana yang dikehendaki oleh Allah . . Ketahuilah sesungguhnya Allah akan mengangkat diri kita pada tingkatan para Al-abrar, meninggikan kita pada maqam Al-akhyar, serta meneguhkan kita di dunia ini dengan kebaikan dan memuliakan kita di akhirat dengan ganjaran yang besar. Dengan kelebihanNya yang Maha agung, kita akan dihimpunkan bersama para An-nabiyyin, As-siddiqin, As-syhuhada, As-solohin dan mereka inilah sebaik-baik pendamping.

Ikhwah & akhawat ,
Pada edisi kali ini akan mengenetengahkan secara ringkas tentang kelebihan dalam berdakwah serta kelebihan para penyeru kebaikan dan kebenaran. Seperti yang telah kita ketahui, bahawa disana terdapat banyak keterangan daripada Al-quran dan hadith-hadith nabi s.a.w menerangkan tentang kelebihan menyampaikan kebenaran dan melarang kemungkaran, supaya diketahui oleh orang yang ingin mengetahui hakikat bagaimanakah Allah s.w.t memuliakan siapa yang melalui jalan dakwah fi sabilillah.? Bagaimanakah mereka didahulukan dari yang lain? Serta bagaimanakah Allah mengangkat martabat mereka kepada tingkatan yang tertinggi? . . .

1. Para penyeru kebenaran, merekalah sebaik-baik manusia .
Firman Allah s.w.t :
((كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون با المعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون باالله))

“ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”(al-imran:110)
2. Para penyeru kebenaran merekalah yang akan menjadi saksi kepada sekalian manusia.
Firman Allah s.w.t :
((وكذالك جعلناكم أمة وسطا لتكون شهداء علي الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا))

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”

Ummah Islam ialah ummah perantaraan yang menjadi saksi pada hari kiamat bahawasanya mereka telah menyampaikan risalah Islam kepada manusia sekalian.

3. Para penyeru kebenaran merekalah memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.
Firman Allah s.w.t :
((والتكن منكم أمة يدعون إلي الخير ويأمرون با المعروف وينهون عن المنكروأولآئك هم المفلحون))
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung.(berjaya).. (Al-imran:104)

Inilah ummah yang menyeru kepada kebaikan, menyeru manusia kapada ma’ruf serta melarang dari yang mungkar. Merekalah ummah yang terselamat daripada kemurkaan Allah s.w.t serta berjaya di dunia dan akhirat.

4. Kalimah yang diucapkan oleh mereka merupakan sebaik-baik perkataan.
Firman Allah s.w.t :
((ومن أحسن قولا ممن دعآ إلي الله وعمل صالحا وقال إنني من المسلمين))

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri”

Ayat diatas menerangkan, bahawa para penyeru kebenaran merekalah sebaik-baik manusia dalam perkataan. Merekalah penyuluh jalan hidayah yang unggul dan merekalah yang berada di tingkatan yang mulia disisi Allah. Demikian kerana mereka menjadikan berdakwah kepada Allah sebagai jalan mereka yang tertinggi, menyeru manusia kepada agama Allah yang unggul merupakan tujuan mereka yang termulia, serta memimpin risalah Islamiyyah kepada dunia merupakan azam dan tujuan mereka yang tertinggi.

5. Penduduk langit dan bumi sentiasa memohon keampunan kepada penyeru kebenaran.
Riwayat Tarmizi daripada Abi Umamah secara marfu’ … ….

((....إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها , والحيتان في البحر ....يصلون على معلم الناس الخير))
“Sesungguhnya Allah s.w.t, malaikatnya, para penduduk langit dan bumi sehingga semut dalam sarangnya dan ikan-ikan dilautan ….berselawat kepada pengajar manusia kebaikan”

As-solah- sepertimana yang diketahui – Selawat daripada Allah merupakan rahmah.
Daripada malaikat merupakan istighfar (doa keampunan), dan daripada manusia (hamba) merupakan doa.

6. Pahala mereka yang menyampaikan kebenaran berterusan dan bersambungan serta tidak terputus.
Sepertimana yang diriwayatkan oleh sohih Muslim dan Ashabu sunan daripadaNya s.a.w – bersabda :

((من دعا إلي الهدى كان له من الأجر مثل أجور من اتبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا))


الفترة بعد المجاهدة من فساد الإبتداء



(Lemah semangat selepas bermujahadah hasil daripada permulaan yang buruk)

Dalam kehidupan manusia seharian, terdapat berbagai cabaran dan rintangan yang mengelilingi di sekitarnya pada setiap saat dan detik perlu dilalui. “Nak tak nak” kita semua mesti menempuhinya dalam perbagai bentuk dan keadaan. Bak kata pepatah “Berani hidup bererti berani menempuh segala rintangan”


Bagi memastikan segala cabaran atau ujian yang bakal dihadapi berjaya diatasi dan dikawal, manusia semestinya memiliki semangat (Mujahadah) atau usaha yang digunakan secara maksimum dan berterusan. Namun dalam waktu kita bersemangat terdapat juga kisah-kisah tragis yang sering kita lihat dan dengar yang kadang-kala terjadi pada diri sendiri atau pada orang lain. Sebagai satu contoh, dalam waktu yang seketika , kita pernah berasa begitu bersemangat melakukan sesuatu pekerjaan. Selalunya pada permulaan sesuatu pekerjaan atau amalan. Sebagai contoh kita melihat Si A pada permulaannya bergitu bersemangat menghafal Al-quran, belajar, atau mengulangkaji pelajaran setiap pagi dan petang. Malangnya dalam beberapa bulan, minggu, atau beberapa hari sahaja setiap rutin yang selalu dilakukan oleh Si A ditinggalkan begitu saja bahkan diganti dengan rutin yang sebaliknya seperti membuang masa, bersembang kosong, atau tidak melakukan apa-apa. Setiap hari yang dilaluinya menjadi tawar dan tidak berguna berbeza daripada waktu dipermulaannya.

Fenomena diatas merupakan fenomena yang seringkali terjadi dalam kehidupann manusia baik dalam keadaan sedar atau tidak. Ia bukan hanya terjadi pada golongan pelajar saja, bahkan sering juga terjadi pada pekerja-pekerja yang bekerja dalam segenap sektor pekerjaan. Fenomena Futur ( lemah semangat ) selepas berusaha merupakan satu fenomena yang telah lama dibincangkan oleh para ulama’ du’at sehingga terungkaplah dari mereka satu kata-kata yang singkat, indah lagi bermakna iaitu :

الفترة بعد المجاهدة من فساد الأبتداء
(Lemah semangat selepas bermujahadah hasil daripada permulaan yang buruk)

Sudah menjadi satu sunnah, bahawa sesiapa yang bemula dengan permulaan yang buruk, akan menjadi lemah semangat pada pertengahannya. Maksud dengan permulaan disini ialah niat, niat yang menjadi asas atau tunjang kepada segala harakah (pergerakan) dalam kehidupan. Niat yang baik akan memberi natijah atau impak (kesan) yang positif pada pengamalnya. Seseorang yang ikhlas dalam melakukan sesuatu amalan kerana Allah tidak akan terkesan dengan segala rintangan atau anasir-anasir yang datang menganggunya ditengah perjalanan malah akan tetap terus thsabat dalam melakukannya.

Sebaliknya, niat yang buruk akan memberi kesan yang sebaliknya. Pada permulaannya dilihat memang begitu bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara, malangnya ketetapan telah menetapkan bahawa segala niat yang diniatkan kepada selain Allah akan terbantut di pertengahan perjalanannya malah akan hancur segala harapannya serta mengundang kemurkaan Allah S.W.T.

ما كان لله دام واتصل **** و ما كان لغير الله انقطع وانفصل
((Setiap perkara yang dilakukan kerana Allah, akan berterusan dan bersambungan , manakala setiap perkara yang dilakukan bukan kerana Allah akan terputus dan tercerai))


وقدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناه هباء منثورا

((Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.))

Inilah neraca atau kayu pengukur bagi melihat keikhlasan seseorang itu dalam melakukan sesuatu urusan.sekiranya kita ikhlas dalam melakukan sesuatu amalan, insyaAllah Allah akan mengurniakan kesabaran dan ketetapan hati dalam melakukannya Kepada para pembaca yang budiman, sekarang adalah waktu untuk kita beramal, jangan tunggu-tunggu lagi, berfikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara dan sertakan niat yang ikhlas sebelum melakukan sesuatu amalan. Sentiasalah bermuhasabah selepas melakukan sesuatu perkara serta serulah manusia untuk kembali kepada Allah dan kembali menjadikan Islam sebagai cara hidup yang syumul. Ingatlah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan dan sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan amalan hambanya yang Muhsinin (ikhlas).


واللذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين