Keadaan manusia dan ummat kini yang dipenuhi dengan kefasadan, kezaliman keruntuhan moral, gejala sosial, kemunduran dan kekacauan yang seiring dengan kemajuan ilmiah dan kemakmuran negara dan kebudayaan yang maju …. Seperti mana yang diketahui disesetengah bumi yang didirikan dan dijajah oleh anasir-anasir kufur dan sesat…. Bagi kita yang telah mengetahui keadaan-keadaan sebegini sejak begitu lama , maka kita juga harus mengetahui apakah peranan atau kewajipan kita dalam pengislahan & perubahan? Apakah kewajipan terbesar kita dalam menyampaikan dakwah? InsyaAllah disini kita akan membincangkan dan mengetengahkan kepada para pembaca secara ringkas dan padat apakah peranan kita sebagai seorang muslim dalam menyampaikan dakwah.
Ketahuilah , semoga Allah merahmati kita semua, sesungguhnya berdakwah kepada Islam pada keadaan sebegini menjadi kefarduan syar’iyyah dan keperluan yang mendesak kepada siapa yang dinisbahkan atau dilabelkan sebagai ummat Islam, baik org tua atau pemuda,lelaki atau wanita,budak atau org dewasa, kerajaan atau masyarakat ,secara umum ataupun khusus….. Semuanya harus berperanan dalam kewajipan ini mengikut keadaannya, keadaan kemampuannya ,keadaan imannya, dan keadaan sejauh mana serius atau perasaanya terhadap keadaan muslimin dan keadaan masyarakat kini.
Di sana terdapat banyak nusus atau dalil-dalil daripada Al-quran dan As-sunnah yang menerangkan tentang kewajipan secara qat’ieyyah kewajipan menyampaikan dakwah (amr makruf & nahi mungkar) dan kefarduannya. InsyaAllah secara ringkas dan padat pena mengemukakannya :
Firman Allah SWT :
((كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر ....))
”Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkn bagi manusia,(supaya) kamu menyuruh dengan makruf, dan melarang dari mungkar”
- Al-Imran:110 –
Disini Allah Taala menerangkan ciri sebaik-baik manusia atau ummat ialah menyeru manusia supaya berbuat kebaikan dan melarang kemungkaran.
ولتكن منكم أمة يدعون إلي الخير ويأمرون باالمعروف وينهون عن المنكر ...
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
- Al-Imran:140 -
Ayat diatas bermaksud bahawa orang-orang Islam mestilah bangun mempersiapkan “ummat” yang dimaksudkan iaitu jamaah yang kuat untuk berdakwah menyeru manusia kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda :
((من رآ منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذالك أضعف الإيمان))
“Siapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya, sekiranya tidak berkemampuan, cegahlah dengan mulutnya, sekiranya tidak berkemampuan, maka dengan hatinya (tidak redho dengan kemungkaran) dan inilah selemah-lemah iman”
- Riwayat Muslim/Tarmidzi & Ibn Majah -
Ayat diatas menerangkan kewajipan menyeru kepda kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan fardiyah at-taklif(kewajipan individu) mengikut kemampuan individu itu sendiri.
Firman Allah SWT :
والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون باالمعروف وينهون عن المنكر ....
“. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar,
- At-Taubah :71 -
والمنافقون والمنافقات بعضهم أولياء بعض يأمرون باالمنكر وينهون عن المعروف ...
“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.”
- At-taubah :67 -
Istifadah daripada dua Nash diatas ialah , sesungguhnya Allah Taala telah membezakan diantara orang Mukminin dan orang Munafiqin dalam masalah Amr makruf & Nahi mungkar.
Al-Imam Qurtubi dalam tafsirnya mengatakan:
Allah Taala telah menjadikan Amr makruf & Nahi mungkar perbezaan diantara orang mukmin dan orang munafik, kemudian diterangkan lagi ciri-ciri orang mukmin ialah: Amr makruf (menyeru kepada kebaikan) & Nahi mungkar (melarang kemungkaran) dan kemuncaknya ialah menyeru kepada Islam. Manakala diantara ciri dan sifat orang munafik ialah : Amr mungkar (menyeru kepada kemungkaran) dan Nahi makruf (mencegah daripada melakukan ma’ruf (kebaikan) dan kemuncak atau tujuannya ialah, menyeru kepada kekufuran. – Tafsir Al-Qurtubi -
Sekiranya ummat Islam masih lagi lalai ,takut, bermalas-malasan serta mengaggap remeh perkara ini, maka tunggulah ketentuan atau Sunnah Allah yang telah dijanjikan-Nya kepada golongan ini, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia apabila mereka melihat kemungkaran sedangkan mereka tidak mengubahnya, hampirlah Allah meliputi mereka dengan azab daripada-Nya”
Rasulullah bersabda :
والذى نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر , أو ليوشكن أن يبعث الله عليكم عقابا منه , ثم تدعون له فلا يستجيب لكم
“Demi jiwa dan nyawaku berada di genggamanNya, serulah manusia melakukan kebaikan dan cegahlah mereka daripada melakukan kemungkaran , atau Allah sesekali tidak teragak-agak untuk menimpakan kepada kamu azabNya , kemudia kamu pun berdoa kepada-Nya , maka Allah sesekali tidak akan mengakabulkannya”
- Riwayat Tarmidzi -
Natijah terbesar yang akan terjadi sekiranya manusia masih melalaikan tanggungjawab ini ialah , penguasaan golongan zalim ke atas golongan yang baik serta keruntuhan dan kemusnahan dunia. Sepertimana jawapan yang ringkas yang di ucapkan oleh Amirul Mukminin Umar bin Al-khttab:
Umar Al-khattab pernah di tanya:
((أتوشك القرى أن تخرب وهى عامرة))
“Adakah sebuah kampung yang aman damai akan rosak dan musnah?”
Umar Al-khattab menjawab :
((بلى , إذا علا فجارها على أبرارها))
“Ya, apabila orang-orang yang Fujjar (org yang melakukan maksiat) menguasai/lebih ramai daripada orang-orang Abrar (org yang salih).
Wahai saudara-saudara yang budiman dan soleh !!
Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat !!
Di hadapanmu terbentang bahaya kanun Rabbani yang menggerunkan sekiranya kamu membisu seribu bahasa.
Janganlah kamu diperdayakan oleh kezuhudanmu dan solatmu.
Sampaikanlah kebenaran, suruhlah manusia membuat kebaikan dan laranglah mereka dari kemungkaran dan kejahatan,
Kalau tidak …….Tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan.
RUJUKAN: سلسلة مدرسة الدعات (د.عبد الله ناصح علوان)
المنطلق ) محمد أحمد الرشيد)
2 comments:
....Sbnarnyer ini merupakan artikel lame .. tahun 2006.. tibe terjumpe ... harap berguna ...
..Doakan thabat dan istiqamah harapan pena...
Wassalam
huhu, bagus... nak copy...huhu
Post a Comment