Saturday, September 26, 2009

Kontemplasi ( Kajian Pemikiran )


Kontemplasi dari segi bahasanya bermaksud proses memikirkan sesuatu perkara secara mendalam .Juga boleh dikatakan sebagai proses penghayatan dan pemahaman diri atas realiti hidup dan kehidupan.Terdapat dua faktor utama yang berperanan dalam kontemplasi yaitu akal dan hati.Akal yang berperanan menerima sesuatu perkara untuk mencari dan mengetahui hakikatnya.Hati pula merupakan kemahuan dan perasaan .Perasaan cinta,sayang,benci,dengki dan lain-lain yang berjalan dibawah petunjuk akal.Misalnya hati suka kepada kebaikan yang ditetapkan oleh akal serta membenci sesuatu keburukan yang telah ditetap atau digambarkan akal padanya.

Ibnu Khaldun mengatakan “ Berfikir atau Fikr ialah gambaran bayang-bayang yang telah diindra – di balik perasaan- dan aplikasi akal di dalamnya untuk membuat analisis dan sintesis (proses menyatukan pelbagai unsur /cara mencari prinsip yg umum drpd prinsip-prinsip yang khusus). – ( Muqaddimah Ibn Khaldun ) –

Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ beliau mengatakan : “ Ketahuilah, berfikir itu ialah menghadirkan dua makrifat (pengetahuan) di dalam hati , yang dari keduanya lahirlah pengetahuan yang ketiga” – (Ihya Ulumuddin) –


Ibnu Mas’ud R.A pernah berkata :
“ Hati itu mempunyai keinginan dan penumpuan ,dan (adakalanya pula) ada kelesuan dan kelalaian ,maka pergunakanlah ianya ketika mempunyai keinginan dan penumpuan, dan jauhilah ketika lesu dan lalainya”


Indikator/petanda kontemplasi

Petanda adanya kontemplasi adalah wujudnya tampilan sejumlah pertanyaan dalam diri sebagai bahagian pertama pada setiap tindakan yang dilakukan.Terkadang petanda kontemplasi ini tidak kita temui dalam diri kita kerana kita seringkali mementingkan egoisme,tidak mahu tahu,malas berfikir, serta berperasaan sombong terhadap diri.

Tujuan Kontemplasi

Sepertimana ikhwah & akhawat ketahui bahawa akal dan hati merupakan dua faktor utama dalam kontemplasi yang daripadanya lahirlah pengetahuan hakikat dan penghayatan makrifat.Caroline Reynolds dalam bukunya “Spiritual Fitness” berkata:
“Suatu hari anda akan sampai pada satu kesedaran bahawa anda hanyalah sebuah proses kontemplasi yang sentiasa mencari dalam satu masalah sekaligus ke dalam sebuah penyelesaian .Sehingga pada akhirnya akan menemukan satu jawapan : Kebenaran”

Bagi seorang muslim, kemuncak serta tujuan kontemplasi adalah tercapainya satu hakikat kebenaran yang membawanya kepada Makrifatullah yang tidak lain hanyalah sebuah pengakuan mutlak serta penghambaan secara total (Ubudiyyah) kepada Sang Pencipta.

Al-Imam As-Syahid Sayyid Qutb dalam mentafsir ayat 208-209 surah Al-Baqarah

ياأيها الذين ءامنوا ادخلوا في السلم كآفة ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين *
فإن زللتم من بعد ما جاءتكم البينات فاعلموا أن الله عزيز حكيم *

208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

209. Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, Maka Ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Beliau berkata :

“……..Mereka hendaklah menyerah secara mutlak kepada Allah tanpa meninggalkan sesuatu yang sumbang sama ada berupa fikiran atan perasaan, niat atau tindakan, kegemaran atau ketakutan yang tidak tunduk kepada Allah dan tidak redha dengan ketetapan dan keputusan-Nya. Mereka hendaklah memberi keta’atan dan kepatuhan kepada Allah dengan penuh keyakinan dan kerelaan. Mereka hendaklah menyerah diri mereka kepada qudrat Ilahi yang memimpin langkah-langkah mereka dengan keyakinan bahawa Allah mahukan mereka mendapat kebaikan, pengajaran dan petunjuk, dan dengan keyakinan bahawa mereka sedang menuju ke jalan dan kesudahan yang baik dunia dan akhirat……..

…….Kesan pertama yang dilimpahkan oleh kedamaian ini di dalam hati ialah kesahihan kefahaman dan kepercayaannya terhadap Allah, juga kejelasan dan kemudahan kefahaman dan kepercayaan itu sendiri bahawa Allah Tuhan Yang Maha Esa dan setiap Muslim hanya bertawajjuh kepada-Nya sahaja dengan hati yang teguh dan yakin. Hatinya bulat kepada Allah tanpa dikelirukan oleh berbagai-bagai kepercayaan yang lain. Ia tidak diburu oleh berbagai-bagai tuhan di sana sini seperti di dalam kepercayaan-kepercayaan paganisme dan jahiliyah. Ia hanya bertuhan kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan hanya kepada Allah ia membulatkan hatinya dengan penuh keyakinan, ketenteraman, terang dan jelas……. ( في ظلال القرآن )

*Tambahan * 12/10/09


Firman Allah :

“ Orang-orang yang mengingati Allah (Zikrullah) sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan kami,tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia ,Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka.” (Ali ‘Imran:191)


Proses Kontemplasi Menerusi Zikir & Fikir

Berdasarkan firman Allah SWT diatas dapat kita katakan bahawa seseorang yang ingin mendapatkan sesuatu hakikat atau ilmu perlulah menjalani proses zikir dan fikir. Sepertimana ikhwah & akhawat ketahui bahawa kedua proses ini (Zikir & Fikir) berlaku dalam alam jiwa yang melibatkan hati dan akal yang juga merupakan dua faktor utama dalam proses kontemplasi.

Zikir iaitu dengan mengingati nama-nama serta sifat-sifat Allah akan menghasilkan hidayah yang merupakan petunjuk serta bimbingan Allah SWT.

Begitu juga dengan proses berfikir, para ulama membahagikannya kepada dua , pertama berfikir secara deductive (Istidlal) dan yang kedua ialah berfikir secara inductive (Istiq’ra’) . Berfikir secara deductive ialah proses berfikir dengan membuat rumusan berdasarkan pemerhatian secara umum. Manakala berfikir secara inductive ialah proses berfikir dengan membuat pemerhatian secara lebih khusus , juga termasuk didalamnya ujikaji atau experiment ke atas ciptaan Allah SWT.

Impak daripada kombinasi zikir & fikir kepada seorang muslim /mu’min akan membawanya kepada satu proses kontemplasi serta pemahaman diri keatas hakikat ciptaan Allah (Sann’ullah) yang membuatnya mengakui keagungan ciptaan Allah seraya bermunajat :

“Ya tuhan kami,tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia ,Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka.”



Rujukan :

Majalah Tarbawi
Kamus Dewan Edisi Ke-3
(المورد) - د. روحي البعلبكي
(في ظلال القرآن) - الإمام الشهيد سيد قطب
(رسالة المسترشدين) - الإمام الحارث المحاسبى
(من الفكر والقلب) - د.محمد سعيد رمضان البوطي
( التجديد في الفكر الإسلامى المعاصر) – د.محمود عبد الله بكار
Tauhid (Menggilap kebebasan jiwa) - Jaafar Bin Muhammad

6 comments:

thetruth said...

anta kena balik malaysia cepat.4 ustaz isma kena buang sekolah hidayah ipoh

thetruth said...

anta kena balik malaysia cepat.4 ustaz isma kena buang sekolah hidayah ipoh

muslim_milenium said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Apabila ditanya kepada Nabi Muhammad s.a.w siapakah yang paling bijak menurut pandangan baginda, baginda menjawab:

” (Orang yang genius) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.”

-orang yang hanyut berkontemplasi adalah orang yang sia-sia jika tidak dikemudi akalnya ke arah tuhannya.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." [2:191-192]

-lihatlah bagaimana org cerdik pandai berkontemplasi; memikirkan kejadian tuhan sehingga mencapai tahap keimanan yang tertinggi sehingga terpacul dari mulut mereka "peliharalah kami dari azab neraka". bagaimana mereka berkontemplasi sehingga ke tahap tersebut?.subhanallah. jadikanlah kami tergolong dalam golongan tersebut.

syukran jaziilan kepada penulis bagi mengingatkan kami yg sering alpa. kudos!

muslim_milenium said...

Jazakallah kepada Akhi Adul (dellx) walaupun sibuk dengan kerja-kerja diluar sana (Qatar) masih lagi sempat memberi serta menyumbangkan beberapa input2 yang amat berguna sebagai tambahan bagi artikel kontemplasi kali ini. Mungkin disana masih banyak kekurangan-kekurangan yang perlu ditambah serta diperbaiki. InsyaAllah disini pena merasakan perlunya sedikit tambahan bagi artikel kontemplasi pada kali ini , hasil daripada komentar akhi Adul (dellx).

Firman Allah : “ Orang-orang yang mengingati Allah (Zikrullah) sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya tuhan kami,tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia ,Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka.” (Ali ‘Imran:191)

Proses Kontemplasi Menerusi Zikir & Fikir

Berdasarkan firman Allah SWT diatas dapat kita katakan bahawa seseorang yang ingin mendapatkan sesuatu hakikat atau ilmu perlulah menjalani proses zikir dan fikir. Sepertimana ikhwah & akhawat ketahui bahawa kedua proses ini (Zikir & Fikir) berlaku dalam alam jiwa yang melibatkan hati dan akal yang juga merupakan dua faktor utama dalam proses kontemplasi.

Zikir iaitu dengan mengingati nama-nama serta sifat-sifat Allah akan menghasilkan hidayah yang merupakan petunjuk serta bimbingan Allah SWT.

Begitu juga dengan proses berfikir, para ulama membahagikannya kepada dua , pertama berfikir secara deductive (Istidlal) dan yang kedua ialah berfikir secara inductive (Istiq’ra’) . Berfikir secara deductive ialah proses berfikir dengan membuat rumusan berdasarkan pemerhatian secara umum. Manakala berfikir secara inductive ialah proses berfikir dengan membuat pemerhatian secara lebih khusus , juga termasuk didalamnya ujikaji atau experiment ke atas ciptaan Allah SWT.

Impak daripada kombinasi zikir & fikir kepada seorang muslim /mu’min akan membawanya kepada satu proses kontemplasi serta pemahaman diri keatas hakikat ciptaan Allah (Sann’ullah) yang membuatnya mengakui keagungan ciptaan Allah seraya bermunajat : “Ya tuhan kami,tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia ,Maha Suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka.”

* Tambahan ini sudah dimasukkan dlm artikel kontemplasi pada tarikh berikut .*

mz said...

bagus.. artikel yang membina. sejak bila dah jadi camni. baru tau.