Sunday, April 4, 2010

Kontaminasi ( Problematika Jama'ah Islam )


أن خطأ الأكبر أن تنظم الحياة من حولك و تترك الفوضى في قلبك
“ Kesalahan terbesar adalah bila engkau berusaha meluruskan/menyusunkan kehidupan di sekitarmu, tapi engkau meninggalkan kekacauan dalam hatimu.”
( Dr.Musthofa Shadiq Ar-Rafi’e: Wahyul Qalam )

Kontaminasi bermaksud pencemaran yang menunjukkan kepada satu suasana kotor ,buruk dan keji yang menodai sesuatu perkara. Kontaminasi yang ingin dimaksudkan pena di sini bukanlah kontaminasi alam sekitar yang sering berlaku dimana-mana, tetapi kontaminasi yang berlaku pada dakwah, & tarbiah di dalam jama’ah atau gerakan Islam. Apabila kita katakan di sana ada berlakunya proses kontaminasi (pencemaran) , maka di sana semestinya mempunyai unsur pencemar serta tangan-tangan busuk , dan keji yang mencemarkannya. Mereka ini diistilahkan oleh Al-quran dan Sunnah sebagai “Al-Munafiqun” (Orang munafiq) yang menzahirkan ke-Imanan serta menyembunyikan kekufuran di dalam hati mereka.

Angkatan dakwah Islam sepanjang sejarah tidak pernah terlepas dari ancaman dan angkara golongan munafiq seperti ini. Mereka tampil untuk merosakkan, mencetuskan krisis, melaga-lagakan para aktivis, menimbulkan keraguan aktivis terhadap qiadah dan aktivis pendakwah lainnya serta memecahbelahkan barisan umat Islam. Mereka pun meresapi masuk ke dalam jama’ah untuk tujuan-tujuan tadi. Mereka melakukan fitnah penipuan serta pengkhianatan terhadap jama’ah secara halus dengan berselindung di sebalik taqwa dan agama serta meminta prasangka baik mad’u-nya atas kesalahan-kesalahan jelas yang dilakukannya,dengan mengatakan bahawa itu sebahagian dari dakwah,tarbiah dan fikrah Islam.

Firman Allah Subhanahuwataala :

في قلوبهم مرض فزادهم الله مرضا ولهم عذاب أليم بما كانوا يكذبون * وإذا قيل لهم لا تفسدوا في الأرض قالوا إنما نحن مصلحون * ألا إنهم هم المفسدون ولكن لا يشعرون *

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya , dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta. Dan bila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi!”, Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar.” (Al-Baqarah : 10-12)

Sabda Rasulullah SAW :

ثلاث من كن فيه فهو منافق وإن صام وصلى وحج واعتمر وقال :إنى مسلم ... من إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا ائتمن خان
“Ada tiga sifat, siapa yang memilikinya maka dia adalah munafiq walaupun ia berpuasa, solat, menunaikan haji, mengerjakan umrah dan mengaku muslim. Iaitu orang yang berdusta bila berkata, mungkir bila berjanji dan mengkhianati amanah”. ( Riwayat Abu Ya’la)


Indikator /gejala-gejala Kontaminasi

Indikator serta gejala-gejala kontaminasi yang biasa wujud dalam jama’ah Islam antaranya adalah seperti berikut:

Penyakit di kalangan aktivis yang tidak Memahami/Menghayati Tuntutan Perjuangan:

Penyakit yang biasa melanda para aktivis adalah ghurur (terpedaya oleh diri sendiri). Penyakit ini berlaku kerana para aktivis merasakan ia telah lama dalam kerja-kerja dakwah, usaha-usahanya sentiasa berjaya, jama’ah yang disertainya terkenal dan barisan kepimpinannya masyhur serta disanjung oleh masyarakat. Keadaan seperti inilah yang cepat menjadikan mereka berpuas hati dengan sedikit amal dakwah yang mereka lakukan. Mereka cepat berpuas hati dengan sedikit pengorbanan yang mereka lakukan kerana mereka dapat berlindung di belakang sebuah jama’ah yang terkenal.

Penyakit lain yang biasa juga melanda para aktivis adalah penyakit cintakan kemasyhuran dan suka menonjolkan kehebatan –kehebatan. Penyakit ini biasa menyerang para aktivis yang terlibat dalam dakwah secara terbuka, seperti memberi ceramah atau menjadi tempat rujukan masyarakat dalam beberapa perkara. Tanda awal kepada penyakit ini ialah apabila seorang aktivis itu merasa manis dengan kejayaannya dalam menyampaikan ceramah-ceramah di hadapan khalayak ramai. Kemudian dia suka bertanya-tanya pendapat beberapa orang temannya yang mendengar ceramahnya tadi berkenaan ceramah yang telah disampaikannya.

Selangkah selepas itu dia merasa kurang bermanfa’at atau merugikan masanya jika dia diminta untuk menyampaikan ceramah kepada khalayak yang kecil bilangannya.

Selepas tahap tersebut dia mula kagum dengan dirinya sendiri dan merasakan kejayaan jama’ah adalah disebabkan oleh kemasyhurannya. Akhirnya ia merasakan bahawa ia boleh bergerak dan berperanan dalam dakwah tanpa berintima’ atau menyertai jama’ah Islam. Lantas ia meninggalkan jama’ah dan bergerak dengan meninggalkan dasar-dasar amal jama’ie.

Masalah Keta’atan dan Disiplin Para Aktivis :

Di antara perkara yang selalu berlaku ialah tidak patuhnya aktivis-aktivis terhadap keputusan-keputusan jama’ah. Ini berlaku apabila seorang aktivis itu melakukan tindakan-tindakan yang mencanggahi peraturan-peraturan jama’ah, Perkara ini termasuk juga tindakan seseorang aktivis menyatakan kepada masyarakat umum sesuatu perkara seolah-olah apa yang disampaikannya itu adalah pendirian jama’ah. Sedangkan ia berbuat demikian tanpa kebenaran daripada jama’ah. Dalam hal ini ia bertindak seolah-olah sebagai wakil jama’ah kepada masyarakat umum. Sedangkan apa yang dikatakan mungkin bercanggah atau tidak selaras dengan pendirian tanzim yang sebenar.

Masalah Kutlah / Kelompok yang membawa Fitnah dalam Tanzim :

Untuk mencapai kesepakatan atau kebersamaan dalam semua hal adalah satu perkara yang rumit dalam harakah Islamiyyah. Para aktivis hendaklah ditarbiyyah hingga dapat menghayati adab-adab mesyawarah dan adab-adab khilaf (berbeza pendapat) dalam sesuatu perkara. Namun demikian, masalah kutlah tetap wujud dan berlaku dalam jama’ah Islam.

Masalah yang paling berat berkaitan dengan perbezaan pendapat adalah apabila beberapa aktivis yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan jama’ah mula mendapatkan pengaruh daripada aktivis-aktivis lain. Bermula daripada itu, mereka mula mewujudkan kelompok atau kutlah yang sentiasa mendesak tanzim untuk menerima pendapat mereka . Tindakan mereka itu akhirnya menjadi fitnah dalam jama’ah Islam.

Selalunya jika pendapat-pendapat mereka tidak juga diterima oleh jama’ah, mereka memutuskan untuk meninggalkan jama’ah dengan membawa bersama mereka ahli-ahli lain. Kemudian mulalah mereka menyerang jama’ah yang asal dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang keji lagi dusta.



Saidina Umar Al-Khattab RA pernah berkata :

الرجوع إلي الحق خير من التمادي في الباطل
“ Kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan (kesalahan).”

Al-Imam Fudhail berkata:

إن من علامة المنافق أن يحب المدح بما ليس فيه ويكره الذم بما فيه ويبغض من يبصره بعيوبه
“ Sesungguhnya, di antara tanda-tanda munafik ialah, sukakan pujian terhadap perkara yang tidak dimiliki, bencikan celaan terhadap keburukan diri dan marahkan mereka yang menunjukkan kelemahan dirinya”

إن من علامة المنافق أن يفرح إذا سمع بعيب أحد من أقرانه
“ Sesungguhnya, antara tanda-tanda munafik ialah, dia merasa gembira apabila mendengar keburukan salah seorang sahabatnya”

Bagi pena, tidaklah menjadi satu keaiban/kehinaan jikalau para aktivis tersalah atau tersilap jalan kerana setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan, dan sebaik-baik orang melakukan kesalahan ialah orang yang bertaubat serta kembali kepada kebenaran. Tetapi yang menjadi satu kesilapan dan dosa besar adalah sifat takabbur (sombong) serta berterusan melakukan kesalahan .

Bertaubatlah kepada Allah, kembalilah kepada kebenaran dan jama’ah sebelum diri diperdaya oleh fitnah istidraj disebabkan oleh dosa yang dilakukan yang kemudian Allah menambahkan lagi nikmatnya sehingga melupakan mereka daripada istighfar (taubat).

Ibn A’taillah berkata :

كلما أحدثوا خطيئة جددنا لهم نعمة وأنسيناهم الإستغفار من تلك الخطيئة
“ Setiap kali mereka melakukan kesilapan, kami beri mereka nikmat dan kami lupakan mereka beristighfar atas kesilapan itu”


Wallahu A’lam Bissowab.

Rujukan:


Majalah Tarbawi

Kamus Dewan Edisi Ke-3

( رسالة أسرة ) أبو عروة

( العوائق ) محمد أحمد الراشيد

( قوارب النجاة في حياة الدعاة ) فتحى يكن

( أحاسن الكلم شرح الحكم ابن عطاء الله ) د.ذوالكفلى محمد بكري

( بصائر للمسلم المعاصر) الشيخ عبد الرحمن حسن حبنكة الميداني



9 comments:

Perantau said...

'ganas' nye post.......

peringatan untuk diri sendiri.....

SHAHIDAN SAAID said...

minta izin utk perkongsian dlm blog ana...

muslim_milenium said...

..Boleh...insyaALlah.,.Semoga kita trus Istiqamah dlm beramal... dan dijauhkan dari gejala-gejala kemunafiqan ...

Semoga Bermanfaat ..Trus Berjuang ....!!!

Allahuakbar Walillahil Hamd...

nik mohd abduh b. nik mhd nor said...

assalamualaikum..

menusuk kalbu ana apabila membaca artikel ini..semoga bermanfaat...

Thaaqhib Mohammed said...

ya!

Ali Zaki said...

lihat pada diri dan akn cuba berubah,insyaAllah...tak mahu tersungkur dalam tak sedar

thetruth said...

apa maksud anta sebenarnya?

muslim_milenium said...

Ini maksudnya:


Al-Imam Al-Harith Al-Muhasibi pernah berkata:

الظالم نادم وإن مدحه الناس ، والمظلوم سالم وإن ذمه الناس ، والقانع غني وإن جاع، والحريص فقير وإن ملك

“ Orang yg zalim akan menyesal walaupun ramai manusia memujinya, dan orang yg dizalimi merupakan orang yg selamat walaupun ramai manusia mengejinya.Orang yang merasa cukup dengan apa yg ada (Qana’ah) merupakan orang yg kaya walaupun dia merasa lapar, dan orang yang berkehendak(tamak) merupakan orang yg fakir walaupun dia memiliki segala sesuatu”
( Risalatul Mustarsyidin)

Anonymous said...

assalamulikum....

alhamdulilah satu posting muhasabah yang baik.

kena ramai pihak,mereka yg seperti dalam kelompok dr maza juga boleh terasa dan mungkin yg lebih terasa kelompok yg tidak mahu bersama yg "jemaah yang dapat lesan" kerana sebab2 mereka.

mungkin ada yg bertanya.(kalau yg aman tulis)." Kemudian mulalah mereka menyerang jama’ah yang asal dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang keji lagi dusta. "soalan mereka:bagaimana kalau berlaku sebaliknya?

ada juga yg bertanya:

akhi bagaimana jika berqiadah(barisan pemimpin)yang sangat bermasalah dalam isu yg sangat penting?kita dah tegur berbuih mulut dan bersabaq dengan mereka sangat lama(cth:15 tahun).tapi mereka tetap tak endah tegurn kita terhadap masalah yang sangat "critikal" yang perlu diselesaikan.

bagaimanakah islah atau perbaikan yg harus kita buat?

ada juga yg mahu komentar;kalau islah tak dibuat,dan "sabaq juga" jwpanya,baik jadi kelompok salafi yg sabar dgn pemerintah islam yg zalim.malah dapat juga selesai masalah hizbiah(kelompok2 yg terpecah)....wallahwalam


mohon pendapat saudara aman.

ps:mohon share tulisan nta yg bertajuk cinta haraki kat blog sendiri

by:addinlove