Tuesday, July 21, 2009

Kualiti Vs Kuantiti ( Kajian Ringkas)


Segala puji bagi Allah SWT yang memuliakan ahli-ahli Iman daripada makhluk-Nya, yang menghina ahli-ahli maksiat dengan kehinaan yang nyata. Hanya kepada Allah sajalah segala ketinggian kekuasaan-Nya diatas segala ciptaan-Nya , yang memberikan An-Nasr (Kemenangan) kepada golongan-golongan yang beriman kepada-Nya dalam keadaan mereka yang sedikit, serta menghina dan mengalahkan golongan-golongan batil dalam keramaian mereka. Selawat dan salam kepada penghulu Al-Anbiyaa’ Muhammad SAW , yang menghadapi kaum-kaum kafir dalam keadaan-Nya yang lemah atau kuat dengan penuh thiqah dan thabat , rasul yang menggoncang araysh-araysh (kedudukan) para ahli batil dan menghancurkannya hanya dengan beberapa orang sahabat yang Ikhlas. Dengan kekuatan Iman dan taqwa , bukanlah dengan kekuatan tubuh-badan mereka, dengan berkumpulnya hati-hati dan jiwa yang suci , bukan terkumpulnya jiwa dan tubuh-tubuh yang kering seperti kayu , dengan kehebatan dan kemurnian akhlak , bukan dengan kehebatan dan kecanggihan senjata , dengan banyaknya kebaikan-kebaikan yang disemai , bukan dengan banyak dan ramainya ahli.



Firman Allah SWT :

(( الله ولي الذين ءامنوا يخرجهم من الظلمات إلي النور *والذين كفرواأولياؤهم الطاغوت يخرجهم من النور إلي الظلمات أولـئك أصحاب النار هم فيها خالدون ))
(( Allah pelindung orang-orang yang beriman; dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.))
– Al-Baqarah : 257 -

(( ولله العزة ولرسوله وللمؤمنين ولـكن المنافقين لا يعلمون ))
(( Hanya bagi Allah-lah kekuatan / kemulian serta bagi rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tiada Mengetahui.)) –Al-Munafiqun :8 -

(( وكان حقا علينا نصر المؤمنين ))
(( Dan benarlah, kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman. ))
– Ar-Rum : 47 -

إن الله يدافع عن الذين ءامنوا * إن الله لا يحب كل خوان كفور
(( Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.)) – Al-Hajj :38 -

وعد الله الذين ءامنوا منكم وعمل الصالحات ليستخلفنهم في الأرض كما استخلف الذين من قبلهم وليمكنن لهم دينهم الذي ارتضى لهم وليبدلنهم من بعد خوفهم أمنا ، يعبدونني لا يشركون بي شيئا * ومن كفر بعد ذلك فأولـئك هم الفاسقون
((Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik.)) – An-Nur :55 -

كم من فئة قليلة غلبت فئة كثيرة بإذن الله ، والله مع الصابرين
((orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. dan Allah beserta orang-orang yang sabar.")) – Al-Baqarah :249 -

Daripada tasawwur (Perspective) Islam yang Syaamil (Comprehensive),sistem pensyariatan-Nya yang dinamik ,dan petunjuk-petunjuk daripada Al-quran dan hadith yang Mulia, kita mendapati bahawa Islam mementingkan aspek kualiti daripada kuantiti (bilangan) .Yang perlu mendapat perhatian kita bukanlah banyak dan besarnya sesuatu perkara, tetapi kualiti dan jenis perkara tersebut . Ini kerana nilai atau intipati sesuatu perkara bukan diukur dengan ramai atau banyak bilangannya .

Al-quran amat mencela golongan-golongan majoriti (ramai) apabila dalamnya hanya diisi oleh orang yang tidak berakal , tidak berilmu, tidak beriman dan tidak bersyukur . Sepertimana Firman Allah SWT :

بل أكثرهم لا يعقلون
"... akan tetapi kebanyakan mereka tidak memahaminya."
(al-Ankabut: 63)


(( ولكنِِِّ أكثر الناس لا يعلمون ))
"... akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(al-A'raf:187)

(( ولكنّ أكثر الناس لا يؤمنون ))
"... akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman."
(Hud:17)

(( ولكنّ أكثر الناس لا يشكرون ))
"... akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."
(al-Baqarah: 243)

(( وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله ))
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di
muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari
jalan Allah..
." (al-An'am: 116)

Pada masa yang sama, Al-quran memberikan pujian kepada golongan-golongan minoriti (sedikit) apabila mereka beriman , beramal, dan bersyukur .

Firman Allah SWT :
(( إلا الذين ءامنوا وعملوا الصالحات وقليل ما هم ))
"... kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal shaleh; dan amat sedikitlah mereka ini..."

(Shaad:24)

(( وقليل من عبادي الشكور ))
"... dan sedikit sekali hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Saba’:13)

(( واذكروا إذ أنتم قليل مستضعفون في الأرض ))
"Dan ingatlah (hai para muhajirin) ketika kamu masih
berjumlah sedikit lagi tertindas di muka bumi..."

(al-Anfal: 26)

Oleh itu , tidaklah penting jumlah kuantiti manusia yang ramai ,akan tetapi perkara terpenting yang perlu dijadikan keutamaan ( priority) ialah kualiti sesuatu perkara tersebut iaitu Syakhsiyyah Islamiyyah (Moslem Personality) yang beriman dan beramal solih . Namun tabiat manusia lebih senang atau suka kepada kuantiti , keramaian atau jumlah sesuatu perkara dan suka menonjolkanya , tetapi malangnya kita tidak banyak melihat dan memperhatikan apa yang ada disebalik jumlah yang banyak itu, dan apa yang terkandung dalam angka-angka tersebut .

Ciptalah senjata secanggih manapun , senjata tersebut tidak akan berguna kecuali kepada seorang yang pandai menggunakanya , buatlah apa-apa undang-undang sekalipun , undang-undang tersebut tidak akan berguna sekiranya ia hanya ditulis di kertas perlembagaan tanpa adanya seorang yg melaksanakannya , tubuhkanlah apa-apa pertubuhan yang mempunyai pelbagai lajnah-lajnah atau sistem tarbiyyah tertentu ,ia tidak akan berguna ,dan tidak akan bermaya kecuali wujudnya ahli-ahli yang berkemampuan dan berkualiti bertindak melaksanakannya. Inilah hakikat yang dikatakan dan ditafsir oleh waqie’ (Reality) keadaan semasa .

Sesungguhnya pena ingin menegaskan kembali kepada para pembaca yang dikasihi Allah sekalian , bahawasanya nilai atau intipati kekuatan sebenarnya bukanlah terletak pada kecanggihan sesuatu senjata yang dipakai oleh tentera tersebut. Hakikat keadilan bukanlah terletak pada undang-undang yang tertulis di perlembagan yang dihafal oleh hakim tersebut, hakikat-hakikat tarbiyyah tidaklah terletak pada helaian-helaian kitab yang dibaca atau dihafal oleh seseorang, serta hakikat melaksanakan tindakan –tindakan bukanlah dengan menubuhkan lajnah-lajnah mengikut kadar semangat ahli-ahli persatuan tersebut. …… … …. Oleh itu apakah hakikat atau nilai intipati serta keutamaan (priority) setiap perkara dalam tasawwur (perspective) Islam…………?

InsyaAllah , di sini pena tidak bercadang untuk menerangkan secara terperinci nilai intipati atau keutamaan pada setiap perkara. Kepada para pembaca yang ingin mengetahuinya secara terperinci bolehlah membacanya di kitab “Fiqh Aulawiyyat” hasil karangan Allamah Dr Yusouf Al-Qhardawi , Al-Marhum Dr fathy Yakan dan lain-lain . Cuma disini , pena hanya akan mengfokuskan kepada nilai intipati serta hakikat sesuatu pergerakan secara umumnya dan kepada syakhsiyyah atau peribadi pemuda (Rijal) secara khususnya .

Kepentingan Syakhsiyyah Islamiyyah (Moslem Personaity) yang Berkualiti :

أمنية عمرية “Impian Umar Al-Khattab R.A.”

Bahwasanya pada suatu hari beliau duduk bersama sebagian sahabatnya di sebuah rumah temannya, kemudian beliau berkata kepada mereka, “ Impikanlah” Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Umar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Umar pun berkata: "Tetapi aku mengimpikan Rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. agar aku dapat mempergunakan mereka untuk berjuang di jalan Allah"

Amru ibnu Ash pernah dihantar oleh Saidina Umar Al-Khattab membawa tentera untuk menakluki Mesir yg ketika itu dikuasai oleh Rom . Beliau (Amru ibn Ash ) secara personalnya meminta kepada Saidina Al-Khattab tentera tambahan kerana bilangan tentera Rom yang begitu ramai dan ganas mengasak tentera Islam ketika itu . Maka , tidaklah Saidina Umar menghantar sepuluh ribu, tidak pula lima ribu, atau seribu orang tentera tambahan , tetapi beliau hanya mengirimkan empat orang komando-nya , setiap seorang komandonya merangkumi kadar kekuatan seribu orang tentera .. …….. !!!!!

Pada zaman yang serba mencabar kini, jumlah kaum muslimin sedunia telah melebihi 1 per 4 milion jiwa. Malangnya kesan daripada penyakit-penyakit yang menimpa Ummah Islamiyyah ini menyebabkan nilai seorang muslim atau seorang mukmin (Believer) dimata masyarakat seperti buih-buih dilautan (Ghusa’a As-Sail) yang tiada nilainya sepertimana yang digambarkan oleh sabda Nabi SAW :

(( يوشك أن تداعى عليكم الأمم كما تداعى الأكلة علي قصعتها...قالو : أمن قلة نحن يومئذ يا رسول الله ؟ قال : " إنكم يومئذ كثير، ولكنكم غثاء كغثاء السيل. ولينزعن الله المهابة من صدور أعدائكم وليقذفن في قلوبكم الوهن" قالو وما الوهن يا رسول الله ؟ قال " حب الدنيا وكراهية الموت")) - رواه أحمد والترمذى
“ Akan datang pada suatu masa , musuh-musuh kamu akan datang berkerumun kepada kamu , sepertimana berkerumunya mereka kepada satu hidangan (yang lazat) , Mereka (sahabat) pun berkata: “Adakah bilangan kami ketika itu sedikit wahai Rasulullah ?”, Rasulullah pun berkata: “Bahkan kamu ketika itu ramai , tetapi kamu seperti buih-buih dilautan (tiada nilai) dan Allah akan mencabut perasaan gerun di hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan kedalam hati kamu penyakit Al-Wahn .” Sahabat pun bertanya : “Apakah penyakit Al-Wahn itu wahai Rasulullah ?” Rasulullah pun bersabda : “Cintakan dunia dan bencikan mati”
(Riwayat Ahmad & Tarmizi)

Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawasanya jumlah (kuantiti) yang banyak belum cukup, apabila jumlah ini hanya kelihatan megah diluar , tetapi lemah dari dalam ,sepertimana yang dianalogi kan seperti buih-buih dilautan (Ghusa’a As-Sail) yang tiada nilai kualiti malah identitinya. Kehilangan tujuan dan jalan yang benar; dan benar-benar seperti buih yang terbawa arus air .

كذلك يضرب الله الحق والباطل ،فأما الزبد فيذهب جفاءً ، وأمّا ما ينفع الناس فيمكث في الأرض كذالك يضرب الله الأمثال
Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, Maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan – Ar-Ra’d:17 -

*Allah mengumpamakan yang benar dan yang bathil dengan air dan buih atau dengan logam yang mencair dan buihnya. Yang benar sama dengan air atau logam murni. Yang bathil sama dengan buih air atau tahi logam yang akan lenyap dan tidak ada gunanya bagi manusia.

Hakikat dan nilai intipati peribadi seseorang itu tidaklah diukur dengan tinggi tubuhnya , kuat ototnya , berani, atau hebatnya memukul manusia dan cantik wajahnya . Semua ini adalah hal-hal yang berada di luar intipati dan hakikat kemanusian . Tubuh manusia pada akhirnya tidak lain hanyalah bungkus dan instrumennya, sedangkan hakikatnya ialah akal dan hatinya.

Allah SWT memberikan penjelasan berkenaan dengan sifat-sifat orang munafik sebagai berikut:

"Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka
menjadikan kamu kagum..."
(al-Munafiqun: 4)

Dia juga pernah memberikan sifat kaum 'Ad, melalui lidah
nabi-Nya, Hud a.s.:


"... dan Tuhan telah melebihkan kekuatan tubuh dan
perawakanmu..."
(al-A'raf: 69)

Akan tetapi sesungguhnya kelebihan kekuatan tubuh itu
menjadikan mereka takabbur dan menyombongkan diri, sebagaimana
difirmankan oleh Allah SWT:


"Adapun kaum Ad maka mereka menyombongkan diri di muka
bumi tanpa alasan yang benar dan berkata, "Siapakah yang
lebih besar kekuatannya daripada kami?..."
(Fushshilat: 15)

Demikian pula hakikat seorang muslim dan mu’min :……. … ..

" المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده , والمهاجر من هجرما نهي الله عنه "
Seorang muslim adalah sesorang yang dapat memelihara lidah , dan tangannya daripada menyakiti muslim yang lain , dan hakikat seorang yang berhijrah itu ialah , meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
-Riwayat Bukhori-

لا يؤمن أحدكم حتي يحب لأخيه ما يحب لنفسه
“ Tidak beriman seseorang kamu selagi ia tidak mengasihi saudaranya, sama seperti ia mengasihi dirinya sendiri”

" ليس الشديد با الصرعة إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب "
“Tidaklah dikatakan kuat seseorang itu dengan kuatnya ia bergusti, tetapi makna kuat itu pada siapa yang dapat mengawal dirinya ketika marah”
- Muttafaqun Alaih -
"عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله له خير، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن : إن أصابته سراء شكر فكان خيرًا له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرًا له"
"Amat mengherankan sekali keadaan orang mu'min itu, sesungguhnya semua
keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mu'min itu belaka, yaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya,sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran - yakni yang merupakan bencana ia pun bersabar dan hal ini pun adalah merupakan kebaikan baginya."
(Riwayat Muslim)

(( والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض ، يأمرون باالمعروف وينهون عن المنكر ويقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة ويطيعون الله ورسوله ، أولـئك سيرحمهم الله ، إن الله عزيز حكيم ))
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” – At-Taubah :71 –


Ini pula merupakan hakikat kepada makna seorang mukmin dengan mukmin yang lainya yaitu :
(( إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم والتقوا الله لعلكم ترحمون ))
“Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” – Al-Hujraat :10 –

Disana terdapat banyak lagi nash-nash daripada Al-quran dan Hadith mengenai hakikat ciri-ciri seorang muslim dan mukmin , dan kelebihan orang-orang yang beriman . Para pembaca bolehlah merujuk kitab-kitab hadith dan tafsir untuk tambahan .

Wallahu'a'lam bissowaab !!!!

No comments: