Artikel pada kali ini merupakan komen pena pada Saudara Abu Usamah ( Mohd Masri )dlm blognya ,post yg bertajuk " Kenapa Mereka Meninggalkan Halaqah? & Analisa Kes" link :
http://lobaitampin.blogspot.com/2009/08/catatan-dari-daurah-syariyyah-analisa.html
http://lobaitampin.blogspot.com/2009/08/kenapa-mereka-meninggalkan-halaqah.html
Assalamaulaikum …..
Hayyakallah ya Aba Usamah ( Saudara Mohd Masri) ,
Post yang baik, penuh dengan nasihat-nasihat bagi para aktivis dakwah terutamanya di IPT2 baik murabbi atau mutarabbi ( mad’u) . Jauh sekali daripada taasub, serta method nasihat yang general (umum) yg menurut pena, tidak terfocus kepada mana-mana jamaah ( Walaupun dapat pena rasakan siapa mereka) maka sewajarnya kita pandai menyikapi keumuman sesuatu perkara .
Cuma disini pena rasakan perlunya sedikit penjelasan, tambahan, & pembetulan terhadap beberapa point yang diutarakan oleh saudara Mohd Masri . Secara ringkas dan generalnya point-poit yang diutarakan oleh saudara Mohd Masri adalah point yang penting dan perlu diambil perhatian oleh ikhwah & akhawat aktivis sekalian.
Beberapa tambahan,
( العلم قبل العمل) *
“Ilmu / pengetahuan sebelum beramal”
1- Kepentingan Ilmu Syari’e : Ikhwah & akhawat aktivis terutamanya mas’ul wajib mengetahui serta berbekal dengan ilmu-ilmu syari’e sekurang-kurangnya perkara-perkara yang mengcangkupi ilmu fardu Ain, dan beberapa perkara dlm fardu kifayah sebelum bergerak berdakwah kepada masyarakat. Ilmu syar’ie yang merangkumi akidah, tafsir, hadith, fiqh juga ilmu-ilmu akademik yang dipelajari di IPT-IPT yang juga merupakan daripada ilmu-ilmu Islam.
( الإيمان العميق) *
“Ke-imanan yg mendalam”
- Ilmu Aqidah merupakan pengetahuan yang utama dan pertama yang semestinya jelas disisi aktivis-aktivis dakwah secara khusus dan kepada masyarakat Islam secara umumnya.
Diantara buku atau kitab-kitab yang dicadang serta dijadikan rujukan dan input dlm ilmu ini :
- Akidah Tauhid ( Syiekh Dr Soleh bin Fauzan)
- Usul Al-Iman ( Al-Imam Muhammad Abdul Wahab )
- Risalah Al-Aqa’id ( Al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna )
- Kashfu As-Syhubhat (Al-Imam Muhammad Abdul Wahab & syarahnya oleh Dr Soleh bin Fauzan )
- Kitab Tauhid & Kaitan-nya dengan Fakta Sains ( Syiekh Prof Dr Abdul Majid Az-Zindani ) dan lain-lain .
( العقيدة أولا يا معشر الدعاة )*
“ Akidah adalah perkara utama wahai para aktivis dakwah”
Berdasarkan hadith sohih riwayat Muslim daripada Muaz Bin Jabal ketika-mana Rasulullah SAW mengutus beliau ke Yaman . Perkara pertama yang disuruh ajarkan ialah aqidah iaitu syahadah , kemudian solat, zakat dll ….
Beberapa perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh aktivis-aktivis ialah priority dalam berdakwah.Persoalannya, apakah perkara utama dan pertama dalam berdakwah kepada masyarakat? Kearah mana kita menyeru? Kepada kefahaman Islam atau …….?...
Akidah merupakan perkara yg terutama yang harus didahulukan oleh para aktivis dalam berdakwah kepada masyarakat. Ini kerana , boleh dikatakan bahawa segala gejala-gejala yang timbul semuanya kembali kepada masalah akidah atau keimanan.
Contoh terdekat , ramainya masyarakat Islam murtad , gejala-gejala sosial yang tidak berkurang, statistik jenayah yang bertambah,. Hasilnya masyarakat bukan Islam makin tidak berminat dengan Islam disebabkan keadaan umat Islam itu sendiri. …dll…..
Hakikatnya , masih ramai aktivis yang mugkin tersalah konsep dalam menentukan priority berdakwah dan tarbiah. Yang amat menghairankan ialah tidak sedikit daripada aktivis-aktivis memperkenalkan jamaah, atau partinya secara mendalam kepada mad’u-mad’u mereka daripada mereka memperkenal serta membetulkan kefahaman Islam itu sendiri. Lebih parah lagi aktivis-aktivis yg meng-involve diri mereka dalam politik, tampak begitu jelas skali keta’assuban serta kecendrungan mereka mengajak masyarakat hanya semata-mata kepada parti mereka demi kepentingan tersendiri serta mengabaikan proses pentarbiahan ahli-ahli , jikalau adapun kebanyakan input-input adalah hanya berkaitan politik. ( mungkin terkesan dengan sistem demokrasi jahiliyyah )
Pena tidak mengatakan bahawa semua aktivis yang melibatkan diri mereka dalam politik adalah seperti diatas, malah kita mengetahui disana ada juga beberapa aktivis yang ikhlas , jauh dari taa’sub serta betul pendiriannya dalam berdakwah. Namun bagi pena, niat yang ikhlas tidaklah mencukupi dalam menjamin kejayaan sesuatu gerakan jikalau method serta manhajnya salah serta tersasar daripada manhaj Rasulullah dan para sahabat ( salafussoleh ).
2- Sedikit pembetulan pada point © yang diutarakan oleh saudara Mohd Masri iaitu “Berfatwa tanpa ilmu” . Saya rasakan perkataan yang lebih tepat ialah “ Mendidik / mengajar tanpa ilmu” . Ini kerana perkataan fatwa atau perbuatan berfatwa hanya layak dikeluarkan & disandarkan oleh para mufti atau para mujtahidin yang mempunyai keahlian dalam bidang masing-masing disamping memenuhi syarat sebagai seorang mufti atau mujtahid seperti mahir dalam bahasa arab, ulum al-quran, hadith, usul fiqh ,ijma’, maqasid syariah dll dan bukan pada orang awam.
Malah ada juga dikalanagn alim ulama yang tidak sampai pada peringkat berfatwa, serta mereka amat takut dalam mengeluarkan sesuatu fatwa . Hakikatnya, kebanyakan orang senang berfatwa, walaupun bukan dalam bidangnya dengan fatwa yang sesat serta menyesatkan. Berdasarkan hadith sohih yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim yg menceritakan tentang tanda-tanda kiamat diantaranya :
" Tanda kiamat semakin dekat , dihapuskan (dicabut) ilmu (agama) , lalu timbul fitnah ( bencana-bencana/ kekacauan. Di mana-mana dijumpai kebakhilan, serta banyak pembunuhan"
Daripada Abdullah bin Amru Al- Ash beliau mendengar Rasulullah SAW brsabda :
" Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan cara mewafatkan para alim ulama. Apabila ulama sudah tiada , ummat manusia akan mengangkat orang-orang bodoh (jahil) menjadi pemimpin mereka , lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yg jahil. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan kebanyakan manusia, maka sesatlah mereka semua"
Tetapi apabila perkataan ditukar dengan perkataan mengajar/mendidik barulah sesuai dengan tahap kita ( Muqallid Mazhab ) taklid mazhab. Para ulama mengharuskan seseorang (muqallid/ org awam) mengajar dengan apa yang dipelajarinya atau yang dibacanya daripada kitab-kitab kepada selainya, tetapi mereka melarang sama sekali seorang muqallid daripada berfatwa.
Kesimpulannya,
Ikhwah & akhawat aktivis janganlah takut dan segan dalam menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan walaupun daripada kumpulan yg berlainan. Ikhlas-kan niat , serta bersikap optimis dengan aktivis-aktivis yang berbeza kumpulan atau pendapat dari kita. Jangan pula menghalang seseorang daripada mengikuti majlis-majlis ilmu, serta memaksa mad’u-mad’u mengikuti langkah kita. Perlu diingatkan bahawa kita hanya menyampaikan , dan hasil atau hidayah itu ditangan Allah SWT.
Wallahu a’lam Bissowab .
Rujukan :
صحيح البخاري
شرح نظم الورقات -الشيخ محمد صالح العثيمين
أصول الدعوة - الشيخ د.عبد الكريم زيدان
الوجيز في أصول الفقة - الشيخ د.عبد الكريم زيدان
جامع بيان العلم وفضله - الإمام الحافظ ابن عبد البر القرطبي

2 comments:
Ilmu dan amal... erm..
Moga semuanya istiqamah...
..Doakan pena yang masih lemah dan serba kekurangan dalam beramal...
....
...Semoga ikhwah n akhawat dapat beristiqamah dlm beramal....
...Ramadhan Mubarak !!!.. Moga ramadhan dapat mendidik kita dlm beristiqamah dlm beramal...
lihat natijahnya ( Keputusannya) selepas ramadhan nnti..
Moga senang utk mengintrospektif diri...
salamZzzZZz
Post a Comment